Friday 12 October 2012

PAS mendapat sambutan hebat di Selandar

Malas nak tulis byk2..

Nanti jadi fitnah pulak...

Aku up 1 gamba dulu.. Yang lain nanti aku up lg..

Sibuk arini nak kopek kelapa...

^_____^

Wednesday 10 October 2012

Melaka Bukan Milik BN?

Huh... Melatah dibuatnya bila baca title entry kali ni.. Mana taknya, melaka boleh dikatakan kubu kuat BN tetiba jer ada entry ckp sebaliknya? Huhu... Entry kali ni TTD bukanlah nak mengulas pasal Anuwar or Kapal anjingsingh .. Tp lebih pada "wedding of the year" yg berlaku baru2 ni dalam melaka...

Kecoh seantero malaya bila Tok Ali buat majlis anaknya ni.. Bak kata nenek aku.. Eh bior le... Org ada-ada... ...
Btl apa? Kalau kita kira2, Tok Ali ni punya simpanan start dari sejarah Tok Ali dalam gov ni bukannya kejap.. Silap2 ramai lg pencacai2 Pakatan haprak ni blum lahir lagi... Hehehe.. Saje je aku nak pointkan diorng nih... Rata2 ramai yg upah bebudak buatkan blog depa... Heh!

Sam ketot ni pulak xabis2 nak spin isu tok Ali ni nih... Aduh bro... Come on la bro.. Seriusly, get a life! Duh~~

Kata Malaysia mau politik matang.. Kalau korang xmampu nak ubah cara korang dari la ni, xda makna la korang nak berbicara pasal reformasi... Korang pon sama je la! Pencacai2 haprak...

Kan bagus kita sama2 bgn kan ekonomi Malaysia (even better ekonomi bangsa Melayu) daripada korang ikut kan pencacai yahudi-kaki-bontot tuh! Apa la yg korang dapat ek?

Aku? Apa aku dapat? Pon sama gak xdpt apa2... Tp atleast aku jga bangsa aku mana yg aku terdaya.. Xda la smpai peringkat nasional.. Setakat mana yg aku larat je la...

Cuma aku menulis bukan kerana nama....

Lagi satu isu tikam menikam nih... Aduh.. melayu ooo melayu...


Malas nak cakap

Letih nak cakap

Sebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga!

Da.. Mata da berat... Otak da penat!

Sendiri pikir la bro!

Saturday 8 September 2012

Pengawal Peribadi Anwar Acu Pistol



Apa dah jadi dengan si anwar nih... ptg td kecoh di fb pro-anwar yg org melaka esp. jasin tunjuk samseng halang bas si anwar nih dari masuk kawasan mereka. eh... da ko nak masuk tempat org tu nak menipu, mmg la diorang marah.. apa la ...

Aku bukak fb ptg td terkejut tgk entry nih.. FB pro anwar




so aku selak punya selak.. aku tgk kat JiWA_Paradox punya entry... lagi le terkejut~
da kuar pistol! haish~ "Masuk tempat org bawa otak bukan pistol"


Aku harap JiWA_Paradox jgn tarik report n terus buat follow up ... Jgn biarkn benda2 mcm ni di pendang ringan.. LAWAN TETAP LAWAN BRO..


p/s: hhehee.. aku tersengih sendiri bila baca ayat JiWA_Paradox "APA BARANG PAKAI PISTOL, ONE BY ONE LER KALAU BERANI..." steady la bro.. 

Wednesday 5 September 2012

Sang Saka Malaya







Dalam kesyukuran kita menyambut kebesaran Illahi diatas anugerahnya memerdekakan Tanah Tumpahku , ada juga beberapa puak serta golongan yang cuba memecah belahkan kaum ku..

Apakah yang dicari serta di gali sehingga sanggup mencaci bendera Jalur Gemilang ku yang telah di angkat sebagai lambang kedaulatan negara ini. Waima apa pon alasan nya, Jalur Gemilang tetap lambang jatidiri setiap insan yang lahir di bumi Malaysia bertuah ini.

Adakah kerana landasan politik , maruah kita sanggup di gadai? Menjadikan tanah tumpah darah ku ini sebagai sebuah republik? Sanggup memijak Jalur Gemilang lambang kedaulatan serta maruah NegaraKU?

Jangan dilupakan kisah Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair . Bagaimana beliau syahid demi sanggup mempertahankan panji Rasulullah.

Qoute dari Wikipedia Malay

"Sejarah

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Pendapat umum diambil kira

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Reka bentuk terakhir dipilih

Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk diluluskan

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia."